RoYTioN.BlogSpot.CoM
Friday, July 4, 2014
Sekali Lagi..
Dah lama gak la aku single.. mmg hati ni malas nak terima sesiapa pun melainkan dah sampai masa betul nak sedia utk bernikah.. xda nak cinta2 lama terus ja nikah. Senang kn.
Tp sapa sangka dalam nak pertahankan kesingle'lan ni.. Tewas juga atas sebab ingin mberi peluang pada diri sendiri. Kisahnya bermula semasa aku berkerja di Brunei sebagai Geoprocessor Mapping utk Brunei. Adalah sorg kawan rapat aku time study diploma dulu.. Tiba2 contact melaluai FB meminta tolong utk tenangkan sorg kwnnya perempuan yg tgh lost sebab gagal bercinta. Disebabkan kawan baik maka susah utk aku mnolak permintaan kawan aku ni. Aku pun ok ja la utk mcuba. Kot la dapat kurangkan beban kawan dia ni. Tp mmg xda niat pun nak ambik kesempatan ke apa n xda hati pun kat kwn dia ni. Tp heran gak napa aku gak la yg dia cari kn.. Bila tnya dia ckp aku ja blh. Xfaham betul aku.. huhuhu
Ok.. orgnya memang la cantik, sopan, dan ala2 muslimah ckt.. dari apa aku tgk kat fb la.. nak nilai lebih xlbh sebab jumpa pun x. Just +ve thinking ja la.. Dalam masa berkenalan timbul rasa syg n suka dia kat aku.. dia yg ckp ok.. penat gak aku menepis.. haha.. agak poyo kat sini kn. Tp akhirnya aku trima juga atas dasar mberi peluang utk diri ni utk blajar sygkn org yg ikhlas sygkn kita kn.
Dalam tempoh bberapa bulan, mcm2 pekara baik buruk belaku.. tp xda la nak tulis semua dalam ni.. Byk kata2 janji2 manis dia. Sampai la satu saat bertengkar yg mdorong aku untuk meminta putus.. huhu.. kes cemburu ja pun. Tp ada sebab2 yg xmampu nak teruskan n aku nak putus gak.
Namun tah kenapa masih ada rasa kasihan dan kpercayaan dalam hubungan ini utk memberi peluang ke2 setelah dirayu olehnya.. Poyo x? haha.. tp ayat dia xleh blah la.. katanya suatu hari nanti aku akan tahu n cari dia bahawa dia adalah perempuan yg terbaik utk aku. Ok fine.. apa2 ja la. So kita tgk la second change ni camna lak kn.
Terus terang layanan aku kat dia pun xbrapa nak ok sgt pun. Ye la kan dah baru break n nak start balik api ego ni masih kuat.. huhu.. Masa ni dia dah start kerja baru. Sian gak bab masa kerja dia agak panjang n dia pun xbrapa nak sihat sgt. Tp sampai satu saat yg mana dia xda msg n call langsung.. Aku mula risau n tertanya apa yg dah jadi. Msg xbalas, call xangkat.. klu ada bz katanya. Ok +ve kan fikiran lg. Dia bz, dia perlu rehat yg cukup n ketenangan.
Sabar ada batasnya juga.. hari biasa ok la blh faham.. tp time cuti pun xda nak msg call apa.. xkan la 1minit pun xda masa kn.. fine.. blh sabar lagi.. Datangnya bulan ramadhan.. ttp xda brita.. kot la nak bls msg ke.. xjuga.. last2 5 ramadhan aku try call lepas magrib.. betapa sakitnya ati bila dia jawab ON THE WAY NAK KUAR n terus letak fon. Call lg dah xangkat. Suara dgr mcm tgh seronok.. Mungkin dia dah dpt kepuasan dia la kot. Katanya bz ng kerja tp blh kuar lg mmg hebat la.. xlarang pun nak kuar tp bz smpai xda msg khabar langsung agak melampau..
Then dgn rasa tertipu oleh perempuan ni, aku pun pk lebih baik lepaskan ja la.. xguna bg peluang ke2 kat dia.. Aku xtahu apa dia buat kat sana, apa dah jadi ng dia n adakah dia dah betul2 berubah. Aku dah malas ambik tahu.. Sekarang aku ng dia dah xda apa.. Malah hidup lebih tenang tampa dia. Alhamdulillah Allah tunjuk n beri ketenangan kembali. Jgn kita sangka apa yg kita lihat adalah baik semuanya.. Malah dia blh jadi kejam dari apa kita sangkakn. Semoga puas hati dan berseronok kau disana. Read More..
Tuesday, August 13, 2013
My New Life
Assalamualaimum.. pehh..lama gak la xmnulis dlm blog ni..besa la kn makin bz..mlm ni tiba2 terasa hati nak tulis.. bukan apa..mlm ni rasa sayu ja hati ni.. sunyi ja jiwa ni.. bila tkena kisah lama n life skarang..tambah lak pk life akan dtg.. tah cmna la.. usia makin meningkat.. tp tetap mbujang.. bukannya xlaku..bukannya xda yg nak.. bukannya xsudi..bab mmilih biasa la kn..mesti la nak yg sesuai ng hati.. tp prasaan takut utk mcuba lg. Besa la dulu dah penah bercinta..tp xkesampaian..last2 jd milik org lain. Its ok..bukan jodoh aku trima ja la. Dari semua 2 byk mberi kesan dlm hidup aku. Aku jd mls nak bercouple..bgs la..xda dah tbuang masa n duit pa semua bagai. Tp prasaan utk ada pneman hidup ni mmg la mbuak.. sabar ja la.. lani aku just target bila aku dah betul2 stabil baru la aku nak pk bab2 cinta ni..terus ja masuk minang..xda nak couple2 bagai nak rak..huhu.. masalahnya bila la nak tiba masa 2. Nak ja scepat yg mungkin.. org kata benda baik jgn lambatkn..hehe.. tp nak bkawan pun dah takut..ni nak serius.. siap ada yg ofer bagai sepupu la..kwn la..kak la.. yg aku mampu jwb "klu ada jodoh insyaAllah ada la". Apa pun aku bdoa agar Allah pmudahkan segala urusan aku n temukn aku dgn dia yg baik utk ku. Dia yg dpt trima sgala baik buruk aku ni.. trima ketidak sempurnaan aku.. Aminn.. insyaAllah..
Read More..Friday, December 30, 2011
Wednesday, December 28, 2011
21 JANUARY 2012 - Kau kini jadi miliknya..
Monday, December 12, 2011
Lagu Percintaan Ini
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggal aku sendiri
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan
Semua kepahitan
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan
Semua kepahitan
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata