Friday, January 28, 2011

Gunung Arang Para






Gunung Arang Para terletak di daerah Kuala Kangsar, Perak. Gunung ini berketinggian 1000m dari paras laut (N 04°43.471°, E 100°51.734°). Perjalanan masuk ke kaki gunung perlu melalui Kg. Changkat Rambutan. Gunung Arang Para mempunyai 1 waterpoint, iaitu di kemsite Kem Wantain. Gunung Arang Para juga dikenali sebagai 'Hermitage Peak' iaitu kawasan pertapaan org2 silam. Kawasan sekitar puncak terdapat sisa runtuhan binaan serta pelbagai barangan peninggalan silam, menambahkan elemen 'Mistik' yang sedia maklum tersirat disebalik keindahan flora & faunanya. Kawasan puncak dipenuhi dengan tumbuhan resam, menadakan suatu kawasan yang lapang dahulunya wujud disitu. Kemungkinan pelbagai penemuan baru boleh diperolehi jika rajin meneroka & menebas lautan resam dipuncak Arang Para. Puncak tertinggi Arang Para adalah sebuah batu besar yang boleh dinaiki dahulunya, tetapi kini penuh dengan belukar & tumbuhan resam. Dari puncak Arang Para boleh kelihatan jelas kembarnya, iaitu Gunung Bubu.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...