Thursday, March 31, 2011

MAD - RM48 FOR DEAD SEA CRYSTAL SALT FOOT BATH & FULL BODY SCRUB + MALAYSIA TRADITIONAL AROMATHERAPY RELAXING MASSAGE WITH MACADAMIA OIL AT SERAI AROM

Scrub and rub off your stress! #Serai is offering you a good spa session at RM48. Grab it from #MilkADeal now!

MAD Deal of the Day: RM48 instead of RM168 for Dead Sea Crystal Salt Foot Bath & Full Body Scrub + Malaysia Traditional Aromatherapy Relaxing Massage with Macadamia Oil at Serai Aromatherapy Day Spa, Bukit Bintang Plaza. Problem: Fuming! Run for cover!! Solution: Close your eyes for a moment and imagine the city folding up and reopening into a vast land of fresh green grass and wild daisies. Better yet, get a good scrub and rub off your stress. Go on take a day vacation and spread this news to your friends and be rewarded with every purchase!
Read More..

Get rewarded!!!

Ready to burst out all the latest awesome news to your friends? Get rewarded by doing so! 

Bring your friends to sign up today and get rewarded RM 1.00 per friend invited. 

The more, the merrier!


click here now to register and get rewarded! Read More..

Wednesday, March 30, 2011

VROOM YOUR WAY FOR A 1-DAY DRIVE SESSION WITH PROTON EXORA!

When I say S.P.A.C.E, what do you say? PROTON Exora!


Say it again, Churpers!

When I say S.P.A.C.E, what do you say? PROTON Exora!!!

Based on Exora’s unique benefits that can be best summed up as S.P.A.C.E, this as a word highlights the spaciousness of this 7-seater MPV, but as an acronym describes the car’s key qualities – which is Safety, Performance, Advanced Styling, Comfort and Economical (SPACE).

Proton Exora is Malaysia's first home-grown MPV that has been built to world class quality & standards in performance, safety, technology and comfort.

With Proton, not only you get to drive your family and friends in comfort, but safety is always a priority. Thanks to Proton, they're hosting its first-ever Exora VIP Test Drive Session and you're invited to participate!

All you need is to register yourself at www.allaboutexora.com

Not only you will learn more about Exora's winning features, you get a chance to gain budget tips, have a spa session and win cash prizes of RM6k!

Don't just sit there in awe, Churpers. It's happening so share it with your family and friends today!

The first Exora VIP Test Drive Session starts from April 23, 2011. 


What's a roadtrip when 6 of you are all cramped in saloon car? It's time for a new car so say hello to #allaboutexora! Get your Test Drive session today! Read More..

WIN MALAYSIA GP GRANDSTAND TICKETS & PARTY WITH RAIN!


Everyone’s talking about the MsiaGP next week. Here’s how I’m gonna win ticket! #ProtonLGRP RAIN HERE I COME!
Vroom! Vroommm! This is for all of you Formula One lovers out there! Buckle up and get ready to chant your cheers because we have hot tickets for YOU! Here’s your chance to cheer on Lotus Renault GP team’s iconic gold and black race cars and get an adrenaline rush this April 8 – April 10, 2011! Tell your fellow Churper friends on how to win the tickets for Formula One World Championship happening in the Malaysia GP this April 8, 2011 to April 10, 2011. Buckle up and take part to win these exclusive passes to the race day grandstand tickets, the pitwalk and party with Rain! Share this on how to take part in the contest: Tweet to us in your most creative answer ‘How would you cheer on the Lotus Renault GP Team?’ Simple enough? Share this contest to your family and friends today! Read More..

MUNCH YOUR WAY THROUGH THE GRAND PRIZE WITH FRAMES CAFE!

MUNCH YOUR WAY THROUGH THE GRAND PRIZE WITH FRAMES CAFE!

Was Mathematics your favourite subject in high school? Or Maths just makes you wanna barf?

Fret not, Churpers, cause we're bringing Maths to a whole new level!

So how does this sound to you?

E= (sesame seed bun+ burger patty+ fried egg) + (lettuce+ tomatoes+ mushroom+ cheese) + (fries + drink)

Behold, and give a standing ovation to GOLIATH CHALLENGE, brought you by Frames Café, Sunway Pyramid. Roar!

Best known as the BIGGEST burger in Malaysia, the Goliath Burger is served with fries and 1.5 litre drink. Weighing up to 4kg, to whoever who can finish this in within 30 minutes do not have to foot the bill!

Also, the challenger's friends will get a 50% off if Goliath is defeated within the given duration.

But that’s not just it! Those qualified will be judged by their fastest time defeating Goliath among other competitors throughout the contest period & the winner will walk away with RM500 Cash + Prizes!

Don't just sit there.. share this monstrous deal with your friends today!

Oh yeah, do remember to skip breakfast and lunch before your attempt to conquer the monstrosity!

Contest period is from April 3rd, 2011 to April 26th, 2011.

Goliath set will be available on every Tuesday & Sunday upon reservation.

Have fun sharing!


Prepare to wear your expandable pants today because we have the Goliath Challenge at #FramesCafe & winners walk away with RM500 cash prize & more! Read More..

WORK OR HEALTH? I CHOOSE HEALTH!

                                 See more..

Have you ever wonder what does it take to achieve balance between work and health? I would love to know where do I stand, don't you?

Thanks to Nestle, we are able to take the profiler test to a journey of self-discovery towards improvement. Discover a few simple truths and build towards a healthier and balanced lifestyle.

Take the Nestle Wellness Profiler Test today to find out if you’re an Advocate, an Investor, a Manager or a Hopeful and gain valuable insights to your approach towards nutrition and health. Here’s to the start of a new year, and to a healthier you!
C'mon, Churpers, help your friends to achieve a balanced lifestyle too and share with them today! 


What is balanced lifestyle to you? With Nestle, you are able to take a profile test to a journey of self-discovery and improvement. #NestleProfiler
Read More..

Wednesday, March 23, 2011

FAKE EGG

Korang penah dgr tak pasal fake egg.. lani dah ada pun org yang buat telur palsu..huhu..kat Malaysia tak tahu la ada ka tak lagi..tapi kat China menang dah ada pun..huhu..apa pun ati2 la korang klu nak makan telur pun..hihihi Read More..

Sunday, March 20, 2011

Tudung Masa Kini

http://i210.photobucket.com/albums/bb228/kabuasap/Tudung.jpg


Sabda Rasulullah saw: "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban) Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas, ayuh tinggalkan fashion tersebut. Bagi suami atau bapa yang punyai isteri dan anak yang memakainya, tegahlah mereka. Bagi mereka yang punyai medium untuk menyampaikan mesej ini, sebarluaskan mesej ini untuk manfaat kita semua. Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa disedari oleh umat Islam. Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam. 


Read More..

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T






Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Read More..

Kisah Pemuda Beribu bapakan Babi



Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.


Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.",sambungnya."Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Read More..

Thursday, March 17, 2011

AWAS!! KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA

  • Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.

  • Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.

  • Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.

  • Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.

  • Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

  • Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.
  • Read More..

    Thursday, March 10, 2011

    BBQ d Sagil bersama En Tajul

    Pada 9/3/2011 Rabu di Sagil Tangkak Johor.. 3BMFR telah berjaya mengadakan BBQ bersama En Tajul bekas Ketua Jabatan Design FKP UTeM.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. terima kasih semua yg turut menjayakan program ini.. diharap pada masa hadapan dapat diadakan lagi :)















    Read More..

    Thursday, March 3, 2011

    MUSIBAH MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT

    Sidang jumaat yang dikasihi,

    Marilah kita semua bertakwa kepada Allah S.W.T dengan mengerjakan suruhanNya dan menghindari laranganNya.Antara suruhannya yang jelas nyata ialah menunaikan solat jumaat bagi setiap umat Islam. Allah berfirman dalam Surah Al-Jumu'ah ayat 9:
    "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat,maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu,jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)". 

    Ayat ini jelas menunjukkan suatu kewajipan mingguan umat Islam iaitu segera menyahut panggilan solat Jumaat . Mereka wajib meninggalkan premis perniagaan atau pejabat dan pekerjaan mereka demi untuk menghadirkan diri ke masjid dan demi solat fardhu Jumaat.

    Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
    "Menghadirkan solat jumaat itu adalah kewajipan setiap orang yang telah cukup umur baligh".
    (Riwayat An-Nasa'i)
    Tetapi apa yang merunsingkan kita akhir-akhir ini ialah semakin bertambah bilangan orang yang tidak menunaikan solat Jumaat . Begitu juga semakin ketara orang yang mensia-siakan kewajipan ini . Pada hal perkara itu sudah lama menjadi kewajipan . Allah telah mewajibkan setiap umat Islam untuk menunaikan solat-solat tertentu secara harian dan mingguan sebagai fardhu ain yang mesti dilaksanakan demi membangun sifat-sifat kemanusiaan yang baik dan utuh dalam jiwa mereka . Tanpa solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat orang islam akan runtuh sifat-sifat keislaman mereka.Iltizam mereka terhadap syariat Islam akan menjadi luntur.Mereka akan mudah berubah menjadi peruntuh sendi kerukunan hidup bermasyarakat dan bernegara.
    Rasulullah S.A.W. bersabda:
    "Sesiapa yang meninggalkan solat fardhu secara sengaja maka dia kafir terang-terangan".
    (Riwayat At-Tabrani)
    Malah dalam Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995,seksyen 20:
    "Mana-mana orang lelaki ,yang baligh,yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syar'i atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya".
    Oleh itu menjadi tanggungjawab,kepada setiap ibu-bapa dan guru-guru serta para pemimpin masyarakat berusaha memastikan anak-anak lelaki,pelajar-pelajar dan seluruh umat Islam tidak mengambil mudah tentang amalan solat Jumaat.
    Sidang jumaat yang dikasihi,
    Hari Jumaat adalah hari yang mulia dalam Islam . Ia dianggap penghulu segala hari.Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
    "Sesiapa yang berwudhuk kemudian dia pergi (ke masjid untuk menunaikan) solat Jumaat dan mendengar khutbah imam maka akan diampunkan dosanya hinggalah ke Jumaat selepas itu dan ditambah tiga hari lagi.Siapa yang asyik bermain-main maka solatnya menjadi sia-sia".
    (Hadis Riwayat Muslim)
    Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
    "Penghulu segala hari adalah hari Jumaat.Hari yang paling mulia di sisi baginda dan yang paling agung disisi allah azzawajalla,maka lebih (mulia) daripada hari raya Fitrah dan hari Eidul Adha".
    (Hadis Riwayat Ahmad)
    Dalam hadis lain,Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
    "Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat,hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat.Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan lebih afdhal daripada hari Jumaat.
    Sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud:
    "Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila berdoa kepada allah sesuatu kebaikan Allah akan memakbulkan doanya. Atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan, Allah melindunginya daripada kejahatan tersebut".
    (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
    Maka sebab itu digalakkan umat Islam beriktikaf di masjid pada hari jumaat itu.Khasnya untuk dapat menepati waktu istijabah atau waktu dimana doa seseorang itu akan dimakbulkan oleh Allah . Inilah yang diharapkan oleh setiap orang yang melakukan dosa setelah insaf dan mahu mencari keampunan serta keredhaan allah azzawajalla.
    Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
    -"Sesiapa yang mandi junub pada hari Jumaat kemudian dia hadir (solat Jumaat pada saat pertama), dia umpama berkorban seekor unta".
    -"Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu".
    -" Barang siapa yang mengahdiri solat Jumaat pada saat yang ketiga,dia seperti berkorban seekor kibasy yang bertanduk.
    -"Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat,dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima,dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur".
    "Apabila imam tampil (naik minbar) maka para malaikat pun turut bersedia mendengar khutbah dan peringatan".
    (Hadis sahih riwayat Al-Bukhari)
    Baginda menegaskan lagi:
    "Siapa yang sempat solat Jumaat maka baginya di sisi allah seratus pahala orang yang mati syahid".
    Rahsia mengapa Allah jadikan hari jumaat ini penghulu segala hari ialah kerana Islam menjadikan hari Jumaat sebagai hari menghampirkan diri kepada Allah secara berjemaah dan secara mingguan.Pada hari ini digalakkan umat Islam menjadikannya hari cuti mingguan agar mereka mempunyai masa yang cukup untuk membina ciri-ciri sahsiah yang baik dan murni . Tidak terlari-lari dan termengah-mengah mengajar waktu untuk melakukan kerja - kerja lain.
    Pada hari itu khasnya,anak-anak dilatih pergi bersama ayah mereka ke masjid untuk dibudayakan dengan amalan bersolat Jemaah dan Solat  Jumaat dalam masjid kariah.Dengan itu mereka boleh datang awal ke masjid untuk beriktikaf,solat sunat,membaca Al-Quran,berdoa,belajar dan sebagainya.Rasulullah S.A.W. bersabda,seperti yang diriwayatkan oleh Abi Sa'id Al-Khudri bermaksud:
    "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat".
    Apabila proses tarbiah harian dan didikan mingguan ini berjalan dengan mantap,baik dan berkesan,umat akan mendapat faedah daripada peningkatan modal kemanusiaan,rohani,akli dan akhlak . Setiap individu akan menyedari dan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh allah kepada mereka . Dengan itu masalah masyarakat akan dapat dikurangi dan kehidupan akan lebih tenteram dan selamat . Sebaliknya pengabaian tentang solat jumaat dan pendidikan mingguan ini akan menyebabkan umat semakin alpa tentang tanggungjawab mengasuh diri dan keluarga . Manusia akan lebih berani melakukan kejahatan melawan allah dan meruntuhkan sendi kerukunan hidup bermasyarakat . Dengan ini bermakna mereka menempah bala dan kecelakaan.
    Sidang Jumaat yang dikasihi.
    Hari ini kita dapati semakin ramai umat Islam yang meninggalkan solat  Jumaat .Ada yang leka menjamu selera dan berbual-bual di kedai kopi ketika orang lain sedang menunaikan fardhu Jumaat . Ada yang mengambil kesempatan balik tidur di rumah tanpa merasa berdosa meninggalkan solat  Jumaat . Ada pula yang pergi ke masjid tetapi tidak mahu menunaikan solat,sebaliknya bertenggong diatas tembok,basikal dan motorsikal tanpa merasa bersalah . Mereka pulang bersama orang yang bersolat Jumaat pulang.Mereka tidak sedar bahawa hukum meninggalkan solat Jumaat walaupun sekali adalah berdosa besar . Allah telah menjanjikan hukuman yang berat kepada manusia seperti ini.
    Sidang Jumaat yang dikasihi,
    Jika kita tidak menunaikan solat Jumaat hati kita akan ditutup rapat dan tidak dapat lagi menerima kebaikan dan hidayah . Kita juga akan terpinggir dari rahmat Allah . Malah kita akan digolongkan bersama orang-orang yang munafik . Orang munafik ini menurut firman Allah dalam surah An-Nisa' bakal dihumban ke dalam neraka yang paling bawah,di dasar jahanam . Alangkah malang dan hinanya nasib manusia yang tidak mahu menunaikan solat Jumaat ini . Allah berfirman dalam surah An-Nisa' ayat 145:
    "Sesungguhnya orang-orang munafik itu di tetapkan pada tingkatan yang paling bawah di kolong neraka . Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka".
    Kaum muslimin yang dikasihi,
    Pihak berkuasa di Negeri Selangor telah mengeluarkan arahan dan hukuman tertentu tentang perkara ini . Pihak penguasa agama akan memantau dan memastikan orang-orang yang tidak menunaikan solat  Jumaat ini agar dihukum dengan hukuman yang setimpal . Nama mereka akan ditiadakan dari senarai golongan yang berhak mendapat bantuan zakat atau bantuan khas.Mereka akan dikenal pasti untuk dikenakan tindakan disiplin yang sesuai menurut siasah syariat.
    Sebagai umat yang beragama Islam kita mesti menghormati hari Jumaat sebagai hari besar Islam . Hari yang penuh berkat dan rahmat . Kelebihan hari ini disebutkan oleh Rasulullah dalam hadis baginda yang bermaksud:
    "Siapa yang meninggal dunia pada hari jumaat atau malamnya nescaya Allah akan melafaskan dirinya dari azab kubur (pada hari itu)".
    Ini jelas menunjukkan betapa Islam menekankan kepentingan solat  Jumaat dan keperluan mengikuti bimbingan yang disampaikan oleh khatib dalam khutbahnya . Dengan istiqamah menunaikan solat  Jumaat dan mendengar khutbah,membaca Al-Quran dan mengikuti tazkirah sebelum khutbah sudah pasti seseorang itu akan lebih berilmu pengetahuan dan lebih peka dengan segala ajaran agama . Dengan itu Insya Allah ia akan berada dalam inayah dan rahmat Allah.
    "Dan (ingatlah),sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh,akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga yang mengalir di bahunya beberapa sungai,kekollah mereka kekal di dalamnya selama-lamanya . Sesungguhnya Allah(dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik rezeki pemberian".
    Sidang Jumaat yang dikasihi,
    Kesimpulan khutbah kita pada hari ini ialah menghadiri solat  Jumaat adalah fardhu ain atau wajib menurut empat mazhab ahli sunnah waljamaah.Siapa yang mengatakan selain daripada itu adalah bercanggah dengan pendapat yang disepakati oleh ulama yang muktabar.Meninggalkan Jumaat akan mengakibatkan seseorang itu di jumlahkan dalam kalangan insan munafik.Manakala munafik akan menghuni neraka yang paling bawah.
    Ya Allah,engkaulah Tuhan yang maha berkuasa,kami bersyukur kehadrat Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,sehingga kami dapat meneruskan  ke arah memperkukuhkan negara umat islam khususnya Negeri Selangor,sebagai Negeri yang maju,sejahtera dan berkebajikan .Justeru kami pohon kehadrat Mu Ya Allah, tetapkanlah iman kami,tingkatkanlah amal kami,kukuhkanlah perpaduan kami,murahkanlah rezeki kami,kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia,kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai,lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar,kemarau panjang,wabak penyakit,persengketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian,Negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

    Tarikh bacaan 17 April 2009. 

    Read More..

    ROKOK

    Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

    Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok.  Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.  Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan.  Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. 

     
    Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

    Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi.  Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal.  Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara.  Jangan lakukan ini pada mereka.

    Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.
     
    Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
    • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda. 
    • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
    • Jagalah mereka, sayangi mereka.
    • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
    • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
    • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
    Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
    • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
    • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
    • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
    • Kualiti sperma anda akan terganggu.
    • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
    Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
    • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
    • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
    • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
    • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
    • Bertindak bijak, jangan merokok.
    Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda
     
    Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni.  Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.
     
    Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.  
     
    Merokok Mengakibatkan Strok
    • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan.  Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia.  Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
    • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
    • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
    • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
    • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
    Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
    • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
    • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
    • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
    • Bantulah diri anda.
    • Amalkan cara hidup sihat.
    • Jangan merokok.
    Berhenti Merokok
    • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
    • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
    • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
    • Luahkannya dengan cara positif.
    • Bergiat aktif.  Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
    Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung
     
    Merokok sememangnya satu tabiat buruk.  Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok.  Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia.  Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.
     
    Sayangkan Jantung Anda
    • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
    • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
    • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
    • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
    • Belajarlah menyayangi jantung anda.
    • Jangan merokok. 
    Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
    • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
    • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
    • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat.  25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
    • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
    • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
    • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
    Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
     
    Asap rokok mengeluarkan hampir  4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru.  Ia merupakan kanser paling kerap  dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali. 
     
    Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
    • Setiap sedutan membawa padah.
    • Kenapa harus meracuni diri?
    • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
    • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
    • Bertindak bijak, jangan merokok.
    Keluarga Anda dan Orang Tersayang
     
    Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru.  Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka.  Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.
     
    Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.
     
    Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
     
    Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
     
    Bahan kimia dalam rokokSumber bahan kimia 
     Metanol Bahan Api
     Nitrobenzena Gasolin
     Karbon Monoksida Asap kereta
     Butana Cecair pemetik api
     Raksa Logam dalam jangka suhu
     Vinil Klorida Bahan utama plastik
     Toulena Pelarut industri
     Ammonia Pencuci lantai
     Arsenik Racun tikus
     Kadmium Bahan utama bateri alkali
     Stearik Bahan utama dalam lilin
     Sianida Racun berbisa
    Read More..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...